5 Tips " POWER " mendapat ramai pelanggan melalui Fanpage



Ramai pemilik fanpage tidak tahu cara untuk mendapatkan ramai pelanggan melalui fanpage mereka.Fanpage memainkan peranan yang penting untuk memasarkan produk dan servis dengan berkesan. Di bawah website facebookmy kongsikan 5 tips "POWER " untuk dapatkan lebih banyak pelanggan melalui fanpage.


=========================================================================
5 Tips " POWER " dapatkan ramai pelanggan dengan Fanpages
=========================================================================


Tips 1 : Kredibiliti




Kredibiliti merujuk kepada kepercayaan pelanggan terhadap produk / servis . Mereka yang mempunyai kredibiliti yang tinggi di internet lebih senang membuat jualan.

Terdapat beberapa cara untuk anda membina kredibiliti di Fanpage anda :

1.Guna Gambar Sebenar
2.Berikan komen positif
3.Berkongsi tips & pengalaman
4.Berinteraksi dengan pelanggan anda



Tips 2 :Testimoni




Testimoni merupakan bukti khas untuk menunjukkan pembeli produk / servis anda berpuas hati .

Testimoni yang jujur & iklas akan menarik bakal pelanggan untuk membeli produk anda.Lebih banyak testimoni yang dikongsikan, lebih tinggi keyakinan prospek kita untuk membeli produk yang ditawarkan di Facebook. 



Tips 3 :Ayat Jualan





Ayat dan perkataan yang memikat akan menarik pengguna-pengguna di facebook untuk melihat iklan servis atau barangan anda . Anda perlu fokus kepada ayat jualan anda kerana ia akan menarik lebih banyak bakal pelanggan yang akan membelik produk / servis anda.

Bilangan patah perkataan & perenggan iklan anda janganlah terlalu panjang . Cukuplah hanya pengenalan , sedikit huraian & cara hubungi atau link . Teknik Copywriting & Soft Selling perlu dikuasai kerana ia akan membawa pulangan yang lumayan kepada bisnes anda.



Tips 4 : Sabar & Konsisten




Pemasaran melalui facebook memerlukan anda bersabar dengan karenah pelanggan . Dalam dunia bisnes , terdapat pelbagai jenis pelanggan yang membeli produk anda , layani mereka dengan baik & sabar . Kemungkinan mereka juga akan menjadi repeat buyer (pelanggan yang membeli produk berulang kali )  kepada bisnes anda

Dalam aspek pemasaran pula , hasil pemasaran di facebook bukan boleh dilihat dalam masa 1 hari . Menurut Bryan Gan ( Pakar Pemasaran Facebook ), masa untuk lihat keberkesanan pemasaran Facebook adalah sekitar 1 minggu. Paling lewat pun adalah sekitar 30 hari.




Tips 5 :Bakal pelanggan yang banyak


Sememangnya terdapat berjuta-juta bakal pelanggan di facebook, persoalannya , bagaimana cara untuk membuatkan beratus-ratus & beribu - ribu pengguna di facebook untuk lihat servis / produk anda ??

Jawapannya ialah pemasaran fanpage , fanpage yang mempunyai ramai fan dan mempunyai banyak like membolehkan pemiliknya memasarkan produk & servis kepada beratus & beribu pelanggan hanya dengan satu klik .Oleh itu, jumlah like amat penting kepada fanpage .


Ebook Facebookmy mendedahkan teknik - teknik pakar meningkatkan likes kepada anda supaya anda sendiri boleh meningkatkan beratus - ratus & beribu - ribu likes di fanpage anda.

Di bawah merupakan beberapa testimoni mereka yang telah berjaya mempraktikkan teknik-teknik yang disarankan dalam ebook Facebookmy




Dapatkan teknik sekarang di