Timeline Ke Streamline



Pada tahun ini, Facebook mula mengemaskini reka bentuk fanpage  yang akan memudahkan orang ramai untuk mencari maklumat yang mereka mahu.Malah , ruangan Page Admin disediakan dengan paparan dan tools terbaru untuk memudahkan admin fanpage menguruskan page mereka.Berikut adalah ciri-ciri utama kemas kini...


Ruangan Update Status Dikemaskini 


Ruangan ini memaparkan semua status yang diupdate oleh admin fanpage.Di ruangan ini anda boleh melihat semua status yang anda post termasuk video , gambar , teks & lain- lain


Access yang Memudahkan Pemantauan Admin


Admin fanpage dapat memantau fanpage dengan lebih mudah , jumlah likes yang diterima , bilangan mereka yang lihat status (Post Reach ) , notifikasi fanpage , mesej fanpage akan  dicatatkan di sebelah kanan.

Manakala Activiti , Insight ( Laporan & Analysis Fanpage )  ,  Settings dan Build Audience diletakkan di bahagian atas fanpage. Hal ini akan memudahkan admin fanpage untuk menguruskan fanpage dengan lebih pantas dan senang.


Pages to Watch


Pihak facebook juga telah memperkenalkan fungsi Pages to Watch untuk mereka yang mempunyai fanpage yang banyak supaya dapat melihat dan membandingkan prestasi fanpage mereka.Pemantauan terhadap jumlah mereka yang melihat status anda dapat dipantau melalui fungsi Pages to Watch .

Melalui ini admin fanpage dapat melihat & membandingkan jumlah likes yang diterima oleh fanpage.


Ruangan Audience 


Ruangan ini membolehkan anda mengisi maklumat yang berkaitan dengan fanpage anda. Anda juga boleh melihat & menjemput rakan untuk like fanpage menggunakan ruangan ini . Jumlah like fanpage dicatatkan di ruangan ini , anda juga boleh meningkatkan beratus - ratus dan beribu - ribu like hanya dari Malaysia dengan menggunakan teknik di link ini --->  Teknik Tingkatkan Likes  .